Show me an example Shelter Over The Head: Projek perumahan baru terbengkalai - 3
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Saturday 15 October 2011

Projek perumahan baru terbengkalai - 3




1.0 Jikalau anda, pembeli rumah baru, tidak tahu : Syarikat pemaju dan pengarah syarikat akan disenaraihitamkan jika terlibat dalam projek projek perumahan bermasalah seperti :

1.1 projek terbengkalai.

1.2 projek yang gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan ( kediaman bertanah seperti rumah teres satu tingkat, dua tingkat, berkembar dan banglo mesti disiapkan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh S&P ).

1.3 gagal membuat laporan mengikut jadual seperti laporan pembinaan yang perlu dilakukan setiap tiga bulan ( empat laporan dalam setahun ).

2.0 Memang ada undang undang untuk melindungi golongan pembeli rumah baru dari pemaju perumahan di Malaysia.

3.0 Tapi ada banyak kelonggaran dalam undang undang ini yang boleh dimanupulasikan - itu sebab ramai pengarah syarikat pemaju yang sudah disenaraihitam boleh buat pembangunaan projek rumah baru LAGI dengan syarikat baru yang PUTIH.

4.0 Projek rumah terbengkalai boleh dibendung sungguhpun konsep bina dulu dan jual kemudian dalam industri perumahan belum lagi dilaksanakan.

4.1 Apa yang diperlukan adalah permantauan yang sistematik.

4.2 Tindakan undang undang mesti setimpal dengan tahap kesalahan itu! Tindakan undang undang mesti dikenakan kepada mereka yang buat salah. Tindakan undang undang mesti dilihat, diketahui, dipercayai akan dikenakan kepada mereka yang melanggar undang undang itu tanpa kira siapa pengarah syarikat pemaju itu ataupun siapa lagi yang mereka kenali! Kalau denda wang jumlah besar itu tak cukup, denda lokap pasti berkesan! ( Ooop! Saya akan dipanggil masuk jumpa boss besar tak lama lagi! )






Popular Posts