Show me an example Shelter Over The Head: Antara membeli rumah baru di Jalan Kebun Shah Alam dan Jalan Kebun Baru TPG
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Wednesday 29 February 2012

Antara membeli rumah baru di Jalan Kebun Shah Alam dan Jalan Kebun Baru TPG




Apa yang mendorong saya buat posting ini adalah soalan dari pengunjung blog saya: Adakah membeli rumah di Jalan Kebun Shah Alam lebih baik dari sudut pelaburan berbanding dengan di Jalan Kebun Baru Batu 9 dan Batu 10?

Pada masa ini, projek projek perumahan baru di Jalan Kebun Shah Alam mendapati lebih permintaan kerana lokasi yang sangat dekat dengan Lebuhraya KESAS dan laluan yang dikaitkan dengan Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Shah Alam. Projek perumahan baru di Jalan Kebun Baru jauh sikit, tetapi rumah baru di sini boleh dibeli dengan harga yang lebih murah berbanding dengan rumah di Jalan Kebun!!

Akhirnya, akses tidak akan jadi masalah kepada kedua-dua kawasan ini. Seperti sekarang ini, akses itu bukan satu masalah. Ia akan menjadi lebih baik tidak lama lagi. Kerajaan akan menyambungkan daerah dan projek projek perumahan baru dengan lebuh raya baru. Leburaya Lembah Klang Selatan ( SKVE ) akan memberi banyak kemudahahn kepada penduduk di Jalan Kebun Baru dan sekitar Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting, menghubungkan Puchong dan Putrajaya dan tidak lama lagi Pulau Indah, Pelabuhan Klang!

Ini adalah pendapat peribadi saya - mereka yang bercadang untuk membeli rumah pertama mereka boleh mempertimbangkan projek projek perumahan baru di Jalan Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting.

Salah satu kelebihan membeli rumah dari pemaju / projek perumahan baru ialah ia memunyai lebih potensi kenaikan harga. Sama seperti di Taman Satria, Teluk Panglima Garang, harga sebiji rumah telah meningkat sebanyak RM10,000.00 sejak ia dilancarkan akhir tahun 2011.

Penyambungan daerah dan bandar kecil melalui lebuhraya dan sistem jalanraya adalah cara untuk mengekalkan dan mengimbangi pembangunan di negeri Selangor dengan menjadikan setiap bandar "self-sustained"  iaitu lengkap dengan kemudahan dan keperluan asas untuk kehidupan harian. Ini akan mengawal permintaan hartanah / rumah di kawasan bandar di negeri ini.





Popular Posts