Show me an example Shelter Over The Head: Pendaftaran
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?
Showing posts with label Pendaftaran. Show all posts
Showing posts with label Pendaftaran. Show all posts

Thursday, 14 July 2011

Membeli rumah projek perumahan baru - Langkah bijak sebelum pendaftaran




1. Sebelum mendaftar untuk membeli rumah projek perumahan baru dengan earnest money / booking deposit, pembeli adalah digalakkan untuk membuat pertanyaan tentang kelayakan mereka untuk mendapat pinjamam dari bank yang mereka biasa berurusan.

2. Sebagai contoh, anda boleh tanya pada pegawai bahagian pinjaman perumahan bank - " Saya ingin membeli rumah baru teres di Jalan Kebun, Seksyen 29, Shah Alam pada harga RM190,000.00.  Adakah saya layak? Berapa jumlah pinjaman yang saya layak?

3. Sungguhpun booking deposit BOLEH dikembalikan kepada pembeli rumah yang tidak layak dapat kelulusan pinjaman perumahan dari bank, langkah diatas dapat mengelakkan pembeli dari membuang masa dengan procedure pendatftaran membeli rumah baru dan jadi kecewa kerana harapan tinggi yang tidak berasaskan kelayakan pinjaman rumah.






Wednesday, 20 April 2011

Pendaftaran untuk membeli rumah baru




Perkara perkara yang perlu diketahui dan dipertimbangkan sebelum anda mendaftar untuk membeli rumah baru di mana mana projek perumahan baru :


1. Berapa ansuran bulanan yang perlu dibayar?

2. Adakah gaji / pendapatan bulanan anda mencukupi untuk bayaran ansuran bulanan rumah?

3. Garis panduan mengukur keupayaan bayar balik pinjaman - jumlah ansuran bulanan rumah tidak melebihi 1/3  gaji bersih ( tidak ambilkira overtime dan elaun ).

4. Jumlah komitmen bulanan keseluruhan tidak melebihi 60% gaji bersih.

5. Adakah anda di-senaraihitamkan atas sebab tunggakan ansuran kereta, kad kredit atau sebagai penjamin?

6. Adakah anda mempunyai simpanan wang untuk bayar deposit 10% harga rumah? ( Anda boleh mengeluarkan simpanan akaun nombor dua KWSP untuk membayar deposit harga rumah mengikut garis panduan yang ditetapkan )

7. Adakah anda mempunyai simpanan wang untuk bayar kos sampingan seperti yuran guaman dan duti setem pada 5%  harga rumah?


Sila jawab soalan diatas sebelum anda mendaftar dengan wang deposit. Dengan menjawab soalan di-atas, anda dapat tahu samada anda akan layak dalam permohonan pinjaman rumah.




Sunday, 17 April 2011

Documents for housing loan application




Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman wang

1. salinan kad pengenalan suami / isteri.

2. slip gaji ( tiga bulan terkini ).

3. surat asal pengesahan majikan ( terkini ).

4. borang EA atau borang J.

5. penyata KWSP ( terkini ).

6. penyata bank mengikut gaji ( tiga bulan terkini )

7. resit pendaftaran. 





Thursday, 7 April 2011

Registration for the house / Pendaftaran beli rumah


 

Registration procedures for "waiting-list" of our current project and update on our coming project :


SMS or e-mail full name, identity card number and e-mail address to
012-2988560 / sinaran.sunny@gmail.com.

In the meantime, please arrange for the necessary documents so that you can stand a better chance of getting the house than those who are "unprepared". Notification of vacancy or opening will be done en bloc according to the sequence of registration. But the house will go to those who are "prepared" and come first with the booking deposit.

   ............................
   ............................


Prosedur pendaftaran untuk "waiting list" projek semasa dan maklumat terbaru projek akan datang :


SMS atau emel nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat emel kepada
012-2988560 / sinaran.sunny@gmail.com.

Di masa yang sama, sila sediakan dokumen dokumen untuk permohonan pinjaman bank. Pihak kami akan memberitahu jika ada kekosongan pada projek semasa atau pembukaan jualan projek baru. Mereka yang sudah "sedia" akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menempah rumah.   





Projek perumahan baru di Lembah Kelang / New housing projects in Klang Valley




Mencari rumah baru projek perumahan di sekitaran Lembah Kelang : Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Johan Setia, Sijangkang, sekitaran Kuala Langat, Sepang, Pelabuhan Klang / Pulau Indah, Meru dan Kapar / Rantau Panjang.

Mungkin saya boleh tolong. 
Sila SMS atau emel nama, nombor handphone dan alamat emel kepada saya. 
Nyatakan jenis rumah dan lokasi yang anda ingin beli.





Popular Posts