Show me an example Shelter Over The Head: Projek perumahan baru di Selangor - Isu mampu beli.
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Friday 6 April 2012

Projek perumahan baru di Selangor - Isu mampu beli.




Membina rumah bersaiz lebih kecil - bolehkah itu membantu lebih ramai dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri?

Bank-bank memberi pinjaman berdasarkan keupayaan bayar balik sipeminjam. Pinjaman perumahan adalah berdasarkan kemampuan pemohon; kelulusan pinjaman, mengikut garis panduan baru, adalah berdasarkan pada pendapatan bersih mereka. Lebih ramai dari golongan ini tidak boleh dapat pinjaman bank untuk membeli rumah pertama mereka. Tetapi rumah kediaman adalah keperluan asas untuk hidup setiap manusia. Pasangan baru berumahtangga perlukan rumah. Jika mereka tak mampu beli, mereka akan sewa.

Rumah bersaiz lebih kecil pada harga yang lebih rendah. Adakah itu permintaan pasaran? Penduduk Selangor di kawasan sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Langat - adakah ini yang mereka mahu? Rumah versi saiz kecil dengan bilk tamu kecil, bilik kecil dan bilik berkurangan. Golongan berpendapatan sedehana dan rendah di kawasan kawasan ini berminat pada rumah teres satu dan dua tingkat dengan 3 + 1 bilik ataupun 3 bilik.

Singapura dan Hong Kong menggunakan strategi ini kerana isu tanah. Tinggal di rumah kediaman yang bersaiz kecil - itu memang satu cara hidup mereka. Bolehkah Malaysia gunapakai strategi yang sama untuk menyelesaikan masalah kemampuan memiliki rumah yang dihadapi oleh penduduk Selangor yang tinggal berhampiran kawasan bandar? Membina rumah bersaiz lebih kecil tidak akan memberi penyelesaian yang berkesan. Ia tidak dapat memenuhi permintaan pembeli rumah.

Saya melihat isu kemampuan pemilikan rumah ( di bawah kategori perumahan mampu milik oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang terdiri daripada graduan dan keluarga muda ) lebih sebagai isu daya pendapatan daripada harga rumah. Kenaikan harga rumah dan hartanah merupakan satu proses semulajadi. Peningkatan pada harga rumah atas fundamental seperti pendapatan isi rumah yang semakin meningkat adalah satu perkara yang baik. Ia menjadi masalah apabila kenaikan kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding dengan peningkatan gaji atau pendapatan. Siapa yang akan beli rumah atau hartanah jika harga tidak akan naik? Sudikah anda yang sedang membaca kandungan posting ini membeli?

Penyelesaian jangka panjang pemilikan rumah mesti datang dari peningkatan keupayaan menjana pendapatan oleh rakyat. Hanya melalui peningkatan produktiviti barulah peningkatan pendapatan dapat dikekalkan. Semua benda dalam kehidupan akan jadi lebih mahal dari setahun ke setahun. Spekulasi dan perbuatan meragut keuntungan kertelaluan patut diberhentikan. Tetapi, macam mana kalau peningkatan harga itu disebabkan oleh hukum permintaan dan bekalan? Adakah rakyat Malaysia keseluruhan bersedia menghadapi cabaran kos sara hidup yang pasti akan semakin meningkat, dan bukan hanya pada prospek harga rumah yang semakin meningkat?



 

Popular Posts