Show me an example Shelter Over The Head: Skim Rumah Pertamaku
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?
Showing posts with label Skim Rumah Pertamaku. Show all posts
Showing posts with label Skim Rumah Pertamaku. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

Rumah baru mampumilik - Permintaan paling tinggi di Selangor




Selangor mempunyai bilangan tertinggi pemohon bagi Skim Rumah Pertamaku. Skim ini dilancarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka. Had harga rumah telah dinaikkan hingga RM400,000 dari RM220,000.

Apa apa skim pemilikan rumah mesti disokong oleh pelan jangka panjang yang akan meningkatkan pendapatan purata rakyat melalui peningkatan produktiviti. Ini dapat dicapai dengan perancangan jangka panjang pada sistem pendidikan, pelaburan pada modal insan dan pengkhususan indusrtri industri tertentu yang memberi pendapatan yang lebih tinnggi. Peningkatan gaji tidak boleh dikekalkan tanpa peningkatan productiviti.

Memiliki rumah bukan hanya melibatkan pembayaran deposit 10%, ia juga melibatkan pembayaran ansuran bulanan untuk 20 atau 30 tahun yang akan datang. Sebarang cubaan untuk membantu dalam hal komitmen deposit perlu ambilkira kewajipan membayar ansuran bulanan rumah. Membeli rumah dan keupayaan berpegang pada pemilikan rumah itu dua perkara yang berbeza.

Masalah kemampuan pemilikan rumah tidak boleh diselesaikan dengan sudsidi atau cubaan mempermudahkan pembelian dengan deposit rendah ataupun tanpa deposit. Perancangan mesti ditujukan untuk memastikan pembeli rumah dapat kekal berpegang pada pemilikan rumah itu. Masalah tak mampu bayar deposit beli rumah, kerajaan mungkin dapat membantu. Kalau tak dapat bayar ansuran bulanan rumah, bolehkah kerajaan bantu? Dalam hai ini, tiada kerajaan dapat membantu selama lamanya. Malaysia tidak terkecuali. Sesetengah negara yang gunapakai polisi berdasarkan susbsidi kini menghadapi masalah ekonomi dalaman yang teruk.

Peningkatan keupayaan menjana pendapatan rakyat adalah cara menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak mampu memilikil rumah kediaman mereka. Rakyat perlu dilengkapi dengan kemahiran kerja dan ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup yang akan semakin meningkat. Dengan peningkatan sedemikian, rakyat dapat melakukan kerja bernilai lebih tinggi yang membayar gaji yang lebih tinggi untuk meghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi. Mungkin INI satu pandangan yang baik: Kerajaan tak patut percaya bahawa mereka boleh mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup yang akan menurunkan kemampuan perbelanjaan rakyat setiap kali dengan subsidi - seperti subsidi barang runcit, subsidi rumah, sudisidi sarapan pagi dan tengah hari.

Skim Rumah Pertamaku - pembeli rumah tidak perlu membayar wang deposit 10%. Apakah keberkesanan skim ini dan skim skim sepertinya dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah pertama mereka?




Demand for affordable houses highest at Selangor




Selangor has the highest number of applicants for My First Home Scheme. This scheme is launched to help people in the low income category to own their first house. Limit of the house prices has been raised to RM400,000 from RM220,000.

Any house ownership scheme must be supported by the long term plan that will increase the average income of the rakyat ( population ) through productivity. This is to be achieved with long term planning on the education system, investment in human capital and specialisation ( attraction ) of certain industries that produce value-added components. No increase in income or salary can be sustained without corresponding increase in productivity.

As I have remarked earlier, nobody gets to own what he cannot afford. Buying a house does not just involved paying the 10% deposit, we are talking about having to pay the house installment every month without fail for the next 20 to 30 years. Any attempt to help out in the commitment of deposit must also consider the obligation of making subsequent monthly installment in owning a house with mortgage. Buying a house and keeping the house are two different things.

Problem of affordability in house ownership cannot be solved with subsidy or attempts to make things easy in regard to deposit requirement. The saying - Give the man a fish, he eats today: Teach him how to fish, he eats everyday - should be the guide in the planning of house ownership scheme or policy. Any policy short of this follow-through planning is like giving the man a  fish to eat when he is hungry. But he needs to eat everyday ( pay house installment every month ), can you give him a fish everyday ( sudsidise him every month )? No government in the world can do this. Some who tried are now in deep trouble.

The government have to solve this by increasing the earning capacity of the rakyat. The rakyat must be equipped with skill and knowledge to meet the challenge of an ever increasing cost of living which is a certainty. And this has to come from moving up the value chain so that the rakyat can get to earn more.

My First Home Scheme - which do away with the 10% deposit. How effective this scheme and other schemes with the same approach are in helping the middle and low income group to own their first house?



Tuesday, 20 March 2012

Garis panduan baru pinjaman rumah - Kesan pada pembeli rumah baru




Garis panduan baru pinjaman rumah telah diperketatkan di mana kelulusan kini berdasarkan pada gaji bersih dan bukan gaji kasar. Kalau diambilkira polisi dimana rekod kredit dan keupayaan bayar balik ansuran ( sekiranya kadar bunga naik ) pemohon perlu dipertimbangkan, ramai bawah kategori pendapatan sederhana dan rendah akan gagal dalam permohonan pinjaman ini.

Statistik terkini Skim Rumah Pertamaku melaporkan bahawa 48% daripada 1062 pemohon tidak layak dan 16% masih meuinggu keputusan. Bagaimana pula dengan pembeli rumah baru teres satu dan dua tingkat di Klang, Shah Alam,dan Kuala Langat yang memohon untuk 90% pinjaman? Apa sudah jadi pada permohonan mereka? Ramai telah ditolak. Ramai lagi akan ditolak.

Ini adalah situasi di pasaran: Anda perlukan lebih pendapatan untuk mampu membeli rumah yang anda lihat empat bulan lepas, dimana anda layak untuk pinjaman tapi tak jadi beli rumah itu atau anda perlu mencari rumah yang lebih kecil ( lebih murah ) atau satu yang lebih jauh ( lebih murah ) untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

Kelulusan pinjaman yang lebih perlahan dan rendah menyebabkan jualan rumah yang lebih rendah dalam projek projek perumahan baru. Kesan ini adalah menyeluruh - dari banglo dan rumah berkembar di Kajang, Sungai Buloh ke rumah teres satu dan dua tingkat di Kapar, Meru, Pelabuhan Klang, Johan Setia Klang, Jalan Kebun Shah Alam dan Teluk Panglima Garang Kuala Langat.

Apa yang akan berlaku pada harga rumah di bawah RM300,000? Adakah harga akan turun kerana jualan menurun dan diperlambatkan? Adakah anda perlu tunggu untuk membeli rumah anda? Jualan yang rendah tidak boleh dilihat sebagai penurunan permintaan. Rumah yang tidak boleh dibeli oleh mereka yang tak layak sekarang akan dibeli oleh mereka yang masih layak untuk mendapatkan pinjaman.

Saya percaya bahawa anda mungkin dapat beli epal yang lebih murah pada tahun depan dan tahun yang seterusnya. Tetapi perkara ini tak mungkin terjadi pada rumah berharga bawah RM300,000 di Lembah Klang. Manusia boleh menghasilkan lebih banyak epal tetapi mereka tidak boleh menghasilkan lebih banyak tanah. Hujah bahawa jika orang tidak membeli, harga dalam konteks rumah di bawah harga RM300,000 di Lembah Klang akan turun harga - itu adalah satu kesilapan.

Mereka yang tidak dapat kenaikan gaji perlu lebih berjimat dan tekun cari lebih wang. Belilah rumah yang memenuhi citarasa anda jika anda masih boleh dapat pinjaman. Anda perlu berlanja mengikut kemampuan. Tidak bermakna kalau pinjaman diaturkan kepada anda jika anda memang tidak mampu membeli ( membayar ansuran rumah ). Rumah anda akan dilelong oleh bank bila anda tak dapat bayar ansuran. Hutang yang datang dari pembelian yang anda tidak mampu itu satu perkara yang berbahaya - ia akan meningkat dan menjadikan anda lebih berhutang!




Friday, 11 November 2011

Skim Rumah Pertamaku - Is the scheme in tune with the reality?




1. There have been advertisements in the leading newspaper about EXPO on My First Home Scheme ( Skim Rumah Pertamaku ) for first time house buyer. 

2. Skim Rumah Pertamaku was announced in Budget 2011 to help young people with new employment and income of not more than RM3,000 per month to own their first home.This scheme allows young people to get funding of up to 100% by the participating banks to buy their first home. This is in line with the Government's aim to increase home ownership among Malaysians.

3. Seriously, what is the price of a new first house a young Malaysian with new employment and income of not more than RM3,000.00 can afford to buy? And how many new housing projects are priced within the range where this category of people can AFFORDABLY buy?





Sunday, 6 November 2011

Projek perumahan baru - harga kian meningkat dan apa penyelesaian kerajaan.




1.Harga rumah baru teres satu tingkat dan dua tingkat akan naik bila ada kenaikan dalam kos pembinaan dan permintaan yang lebih tinggi berbanding dengan penawaran.

2. Setiap biji rumah baru yang dibina siap akan mengakibatkan kekurangan pada tanah untuk membina rumah di sesuatu pekan, kampung, bandar ataupun daerah. Bila ia melibatkan projek besar perumahan baru, kekurangan tanah untuk tujuan sama akan jadi lebih ketara.

3. Memang benar harga rumah baru teres satu tingkat dan dua tingkat di sekitaran daerah Kuala Langat, Sepang, Pulau Indah, Johan Setia dan Jalan Kebun di sempadan Klang dan Shah Alam naik dari setahun ke setahun, dari satu projek ke satu projek baru yang lain.

4. Memang benar harga bahan pembinaan naik tinggi. Itu termasuk harga tanah di kawasan yang disebut di atas. Begitu juga dengan permintaan rumah oleh golongan orang muda di kawasan yang disebut di atas.

5.Kenaikan harga rumah baru menjadikan ia lebih susah untuk golongan orang muda berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah pertama mereka. Sebab yang nyata mereka tidak dapat membeli rumah - mereka tidak mampu kerana harga rumah yang tinggi dan ketiadaan rumah mampu milik yang mencukupi.

6. Masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan menaikan had pinjaman Skim Rumah Pertamaku supaya golongan ini akan mampu membeli rumah yang berharga tinggi melalui pinjaman yang lebih tinggi. Pinjaman yang lebih tinggi bererti pembayaran balik ansuran bulanan yang lebih tinggi juga. 

7. Masalah besar yang dihadapi oleh golongan pembeli ini dan rakyat Malaysia keseluruhannya adalah kenaikan gaji yang tak setimpal dengan kenaikan kos sara diri. Kalau gaji tak naik dan loan sahaja yang naik, macam mana mereka nak bayar ansuran? Kalau ansuran tak dibayar, bank akan lelong rumah!

8. Bukan senang untuk kerajaan menyelesaikan masalah ini. Tetapi cara penyelesaian dengan menaikan had pinjaman perumahan pada golongan berpendapatan rendah dan sederhana bukan penyelesaian jangka panjang dan ia tidak efektif.

9. Isu mempertingkat pendapatan keseluruhan rakyat Malaysia patut dikaji serious melalui sistem pendidikan, peningkatan kemahiran kerja / produktiviti. Rakyat patut mampu membeli atau memilki sesuatu kerana mereka ada "increased earning power through higher productivity" dan bukan kerana had pinjamam loan dinaikan.






Sunday, 23 October 2011

Affordable homes for the rakyat - Skim Rumah Pertamaku and PR1MA




1. Steps must be taken to ensure that what happened to the low-cost housing scheme do not happen in the affordable housing scheme through Skim Rumah Pertamaku and PR1MA.

2. The objective of these schemes like other public programmes should not be sidetracked. The good intentions of the two housing schemes are to enable more lower income and middle income Malaysian of all races staying in the urban and suburban to own homes.

3. We have seen many times that implementation and accessibility to the government policies are two different things.

4. It is delivery of the policy, how it is implemented to reach the target people, the deserving ones and the qualified ones that make the national programme a success or otherwise!

5. Transparency  must be present in the implementation of the programme. People must have access to the information as how and why it turned out the way it turned out.

6. Many programmes have ended up as promotion or branding of certain minister or political leader - hence it was implemented on political motivation and not market driven.

7. Red tapes must be cut,cut, and cut. Too many process and too many tuan besar to go through to get the things approved means too much times are needed to get things done. That environment breeds corruption which is akin to pure, clean water in containers that breeds nyamuk aedes!

8. The government must set up a national database to register Malaysians who are interested to buy affordable houses and vet them to make sure that ONLY THOSE DESERVING AND QUALIFIED ONES GET IT.

9. It will be very sad that this good-intentioned affordable home scheme go to people who use it as rental properties at the expense of the genuine deserving families. Let's hope the government could draw some precious lesson from the low-cost housing scheme. Some not qualified ( over qualified ) ones got it and make it a rental properties by renting it out to foreigners. Some houses have BMW and Camry parked in their porch. These people gain undeservedly from the taxpayers money at some fault of the government implementation efficiency.




Tuesday, 23 August 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 6





1. Ada bank yang menawarkan pakej pinjaman rumah baru yang membolehkan pemimjam itu mendapat 105% pinjaman atas harga rumah. Oleh yang sedemikian, Skim Rumah Pertamaku bukanlah skim yang paling meringankan beban pembeli rumah baru pertama.

2. Samada Skim Rumah Pertamaku ataupun Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA), mereka yang ingin meminjam hendaklah memenuhi syarat syarat yang berkenaan dengan skim tersebut.

3. Bolehkah saya dapat 100% pinjaman untuk rumah baru? Bolehkah saya memdapat pinjaman rumah melalui skim rumah pertamaku? Ramai dari golongan pembeli rumah baru pertama tanya soalan ini. MEMANG BOLEH. MEMANG TAK SUSAH. Ini pendirian pihak bank - KALAU TUAN TUAN DAN PUAN PUAN MEMENUHI SYARAT.

4. Apa itu syarat syarat yang terlibat? Apa yang akan mereka memperlitikan? Semua bank mempunyai peruntukan yang sama dari peminjam :

4.1 Berapa jumlah keseluruhan commitment anda? Berapa baki yang tinggal untuk makan selepas membayar semua commitment bulanan ( termasuk pinjaman rumah )? Kebanyakan bank memperuntukan jumlah commitmet tidak melebihi 60 % dari pendapatan kasar. ( Polisi ini boleh berubah dari semasa ke semasa )

4.2 Berapakah simpanan anda? Kebanyakan bank memperuntukan pemimjam mempunyai simpanan yang cukup untuk bayar tiga bulan ansuran. Bukti simpanan diperlukan semasa membuat permohonan pinjaman.

5. Untuk mereka yang ingin membeli rumah baru di persikitaran Kampung Jalan Kebun, Kampung Kebun Baru, Sijangkang, Johan Setia ataupun Telok Panglima Garang, sila kenalpasti yang anda memenuhi syarat sebelum memohon pinjaman bawah Skim Rumah Pertamaku. Pihak pemaju perumahan dapat membantu. Banyak bank tempatan yang memberi khidmat pelangan yang bagus dalam soal penyelasan syarat kelulusan skim ini. 




Thursday, 21 July 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 5





1. Can I get 100% loan to buy the house of the new housing project if I am working in the private sector? Not having to pay 10% down payment to buy a house which proved to be a big problem to many first time house owner is the main feature / attraction of My First Home Scheme (Skim Rumah Pertamaku).

2. With the launch of My First Home Scheme, many prospective buyers who look for new houses at this part of Selangor i.e Jalan Kebun, Johan Setia, Teluk Panglima Garang, Teluk Gong, Pulau Indah and Jenjarum, are asking about this scheme. It's in the TV, radio, newspaper, Internet and magazines. It's launched by the PM. It's one part of the national housing policy. How can they not asked? How can they not be entitled to 100% loan under this scheme if they meet the criteria? How can they not get this loan scheme for the houses they are interested if that new housing project falls under the purview of My First Home Scheme in term of price range?

3. YES, every new prospective house buyers, if they fulfill the criteria, can apply for My First Home Scheme ; it's their entitlement. Most of the leading local banks have the list of the standard criteria to qualify for this loan scheme if the housing developers have not already had it arranged.

4. My First Home Scheme should be made available as a choice to those who can afford  the down payment on top of it's main purpose of helping those qualify for the new house but cannot come up with the 10% down payment.

 5. Features of My First Home Scheme have been highlighted in the earlier posts under the same heading.

....................
....................
  
SKIM RUMAH PERTAMAKU


1. Bolehkah saya, pekerja swasta, dapat 100% pinjaman untuk beli rumah baru di projek ini? Membayar 10% deposit untuk rumah baru merupakan halangan besar kepada ramai orang muda yang ingin memiliki rumah pertama mereka. Mendapat 100% pinjaman untuk rumah baru pertama merupakan ciri utama Skim Rumah Pertamaku.

 2. Dengan perlancaran Skim Rumah Pertamaku, ramai pembeli rumah baru pertama di kawasan Selangor ini i.e Jalan Kebun, Johan Setia, Teluk Panglima Garang, Teluk Gong, Pulau Indah dan Jenjarom tanya tentang skim sedemikian. Suratkhabar, TV, internet dan majalah majalah projek perumahan baru ada berita tentang skim ini. Dari golongan ini, siapa yang tak pernah dengar tentang Skim Rumah Pertamaku?

3. Jikalau rumah baru itu tak melebihi RM220,000.00 dan pembeli adalah pekerja swasta dengan gaji bulanan tidak melebihi RM3,000.00, maka pembeli rumah baru BERHAK memohon pinjaman perumahan melalui Skim Rumah Pertamaku. Kebanyakaan bank tempatan boleh menjelaskan ciri ciri Skim Rumah Pertamaku dan syarat syarat untuk layak jika masih ada pemaju perumahan yang belum memahami skim pinjaman ini.

4. Melalui Skim Rumah Pertamaku, pembeli rumah baru pertama yang tak mampu bayar 10% deposit mempunyai satu PELUANG untuk membeli rumah ; untuk mereka yang mampu dengan deposit, mereka ada PILIHAN samada nak mohon pinjaman 100% atau tidak.

5. Sila rujuk kepada catatan lama bawah tajuk yang sama untuk sedikit ciri ciri Skim Rumah Pertamaku.




Monday, 23 May 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 4





We have been receiving enquiries about the condition of having to pay 10 % down payment for the house which is below RM220,000.00. What happens to the My First Home Scheme ( Skim Rumah Pertamaku ) launched by the PM where one doesn't have to pay the 10% down payment?


The 10% down payment exemption is not without conditions. Even if your salary / income qualify you to fulfill the monthly house installment based on 100% loan, you still have to pass the TEST of the bank.


1. How is your credit card payment record?
2. How is your car installment record?
3. How about other hire purchase repayment records?
4. Do you have any bounced cheque history?
5. Does your monthly repayment exceed 40% of your disposable income?


Simply put, anyone who buy house and apply loan from the bank will be tested on repayment capacity and repayment track record / history. And as far as the repayment track record is concerned, the bank takes into consideration your ONE YEAR REPAYMENT RECORD!






Thursday, 19 May 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 3




My First Home Scheme ( Skim Rumah Pertamaku ) will NOT make one who earn RM3,000.00 to be able to buy a more expensive house. The biggest benefit from this scheme is about one not having to pay 10% down payment on the house one qualifies for.

With or without the scheme, you still afford the same price category of house. The banks only give you the loan amount which you qualify for based on your salary / income, and they will continue to do so. 

The Government can make it a ruling that 10% down payment is not required but it cannot fix the interest rate. And this can affect the installment you pay every month. If the interest rate goes up, you pay more for your installment ; the government cannot help you here.

Assuming your salary remain the same, how much does a 10% increase on the loan amount ( from 90% to 100% loan ) on a 30 to 40 years repayment period, effect your monthly installment? The increase is manageable.

How many Malaysian earn RM3,000.00 a month? What price category of house are they qualified for? Can they get it in town? Near the town area with public amenities, common facilities and accessibility to their working place? CAN THE GOVERNMENT BUILD ENOUGH OF THIS THROUGH POLICY?

How can you bring price down through policy? Realistically speaking, it will not hold for long! The government cannot make a person who cannot afford a more expensive house because his salary / income doesn't qualify for the loan by pulling the price of the house down through policy / ruling. This will not work long term. How is the government going to do it? Through subsidy like petrol? Or sugar? When developers cannot make money from building houses of any type or category, they won't build. So, the government can come in with ruling to force them to build? Or maybe the government can become the developers for this scheme?

The salary / income of the the PEOPLE must be increased through education, training and the creation of better-paid  jobs through investments in the relevant industries. When the people earn more, more people can afford to get a shelter over the head ; more can buy bigger house, better house, and perhaps more than one house ......


....................
....................


Kelebihan utama Skim Rumah Pertamaku adalah membolehkan golongan pemuda bawah umur 35 tahun kebawah dengan pendapatan / gaji bulanan RM3,000.00 kebawah untuk memiliki rumah pertama mereka dengan pinjaman 100% ( tidak perlu bayar 10% deposit ).

Secara amnya, bank hanya memberi pinjamam mengikut kemampuan bayar balik pemohon dengan garis panduan dimana gaji bulanan mesti tiga kali ganda ansuran bulanan yang perlu dibayar pada rumah itu. Jikalau rumah yang dibeli dengan pinjamam 100% dimana bayaran ansuran adalah RM1,000.00, maka gaji layak untuk dapat pinjaman adalah RM3,000.00 sebulan.


Kalau ansuran bulanan rumah adalah RM700.00 berdasarkan pinjaman 100% harga rumah dan gaji anda RM1,800.00, maka tak layaklah kamu : Skim Rumah Pertamaku tidak dapat membantu kamu.


Realiti pasaran adalah bercangggah dengan niat Skim Rumah Pertamaku. Harga rumah bukan main tinggi di Klang Valley. Susah hendak dapat rumah bawah RM220,00.00 dekat bandar. Ramai kena ikat perut kalau nak beli rumah dekat bandar dengan gaji purata yang rendah. 


Adakah harga tinngi rumah semua salah pemaju? PEMAJU JUAL RUMAH DENGAN HARGA TINGGI, ITU SALAH! Dan pemilik tanah jual dengan harga tinggi tak salah? Syarikat buat bahan pembinaan jual harga tinggi tak salah? Dan kos untuk dapat kelulusan membina yang tinggi itu tak salah?



Tuesday, 17 May 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 2





Stamp duty exemption of 50% ( 50% pengecualian duti setem ) on instrument of transfer ( surat cara pindah milik ) and loan agreement instrument ( surat cara perjanjian pinjaman ) for a house not exceeding RM350,000.00 for the first time buyer come into effect 01/01/2011. This means, the candidates of My First Home Scheme ( Skim Rumah Pertamaku ) would enjoy this incentive, besides the other incentives highlighted earlier.




Monday, 16 May 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku




My First Home Scheme summarised :

1. The price of the house / property must not be more than RM220,000.00

2. Household income (or combined income of husband and wife for those who are married ) must not exceed RM3,000.00 per month.

3. Candidates must not be more than 35 years old and have never owned a house before.

4. Candidates must be currently working in a private sector. Those who are self-employed and from government sector cannot apply for this scheme.

5. Candidates can get 100% loan from the panel of banks appointed under this scheme ; candidates do not have to pay 10% down payment.


....................
....................
.

Skim Rumah Pertamaku - ringkasan.


1. Untuk pembelian rumah pertama sahaja dengan harga tidak melebihi RM220,000.00.


2. Untuk golongan muda bawah umur 35 tahun dengan pendapatan tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.


3.Untuk mereka yang kerja dalam sektor swasta, sudah sah dalam jawatan dan enam bulan bekerja dengan majikan yang sama.


4.Pinjaman bank 100% dengan tempoh bayar balik tidak melebihi 30 tahun. ( Pembeli rumah tidak perlu bayar wang deposit 10% )


5. Dalam kes pemohon bersama ( antara suami dan isteri, adik beradik ), mereka yang terlibat mesti kerja dalam sektor swasta.





Popular Posts