Show me an example Shelter Over The Head: Projek perumahan baru sekitar Shah Alam, Klang - Jualan rumah jatuh
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Monday 2 April 2012

Projek perumahan baru sekitar Shah Alam, Klang - Jualan rumah jatuh




Garis panduan baru yang diperketatkan ke-atas pinjaman perumahan adalah bertujuan untuk menurunkan hutang isi rumah. Sekatan ini akan menyebabkan penurunan dalam kelulusan pinjaman bagi pembelian rumah. Hakikatnya, akan ada kejatuhnan dalam pemilikan rumah secara menyeluruh.

Rumah baru semi-D dan banglo di projek perumahan baru sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Langat akan menghadapi penurunan jualan seperti rumah teres baru di projek perumahan baru sekitar Sungai Buloh, Kajang dan Rawang.

Garis panduan baru pinjaman rumah memberi kesan yang paling teruk pada golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Kategori pembeli ini adalah asas pelanggan untuk segmen rumah mampu milik. Boleh dikatakan kesemua mereka ini memerlukan pembiayaan untuk membeli rumah mereka. Ini pengetahuan yang bukan luar biasa - kalau pembiayan rumah disekat, pembelian akan menurun. Apa yang bakal pembeli rumah boleh buat walaupun mereka percaya bahawa harga rumah tidak akan turun? Mereka tak boleh buat apa apa!

Tanah di sekitar bandar bandar Selangor semakin berkurangan dan menghadapi kenaikan harga pada setiap enam bulan. Harga petrol semakin tinggi. Kos pekerja akan terus meningkat.

Permintaan untuk rumah dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk rumah mampumilik di Selangor memang tinggi. Golongan ini membeli untuk kediaman sendiri, bukan spekulasi. Apabila memreka dinafikan peluang untuk membeli rumah kerana garis panduan pinjaman yang ketat, adakah anda fikir penurunan  pembelian akan menyebabkan kejatuhan harga hartanah ini? Jualan pasti akan menurun. Tetapi, bilangan mereka yang ingin membeli rumah tidak akan turun, bahkan meningkat dari setahun ke setahun. Projek perumahan baru bawah kategori harga sederhana dan rendah sekitar Shah Alam dan Klang memang tidak dapat memenuhi permintaan. Oleh itu saya percaya apa apa penurunan harga rumah di bawah kategori ini hanya bersifat sementara.




Popular Posts