Show me an example Shelter Over The Head: Hartanah kediaman Selangor pada RM500,000
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Wednesday 18 April 2012

Hartanah kediaman Selangor pada RM500,000




Ia menjadi semakin sukar untuk mencari hartanah kediaman yang berharga di bawah RM500,000 di sekitar Kuala Lumpur. Tetapi, ini tidak mengejutkan sangat. Sebiji rumah teres dua tingkat di Bandar Puteri Klang pun dijual pada harga hampir setengah juta ringgit.

Tidak lama lagi, anda akan mendapati ia sukar untuk membeli rumah teres dua tingkat di sekitar Klang dan Shah Alam pada harga RM500,000 sebiji dan rumah teres satu tingkat bawah RM200,000 sebiji.

Kenaikan harga rumah baru berlaku dimana mana sahaja di Lembah Klang. Sebiji rumah teres satu tingkat di Johan Setia Klang dijual melebihi RM200,000 dan di Jalan Kebun Shah Alam, tidak kurang dari RM180,000. Anda masih boleh membeli rumah teres satu tingkat di sekitar kawasan Kuala langat pada harga RM150,000 jika anda bertuah.

Saya percaya harga rumah di Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting akan naik pada kadar yang lebih berbanding dengan tahun tahun lepas dengan pembukaan akses pada Lebuhraya SKVE (South Klang Valley Expressway) melalui Teluk Panglima Garang. Pembangunan yang lebih pesat akan berlaku di sekitaran kawasan ini.

Tanah di mana mana kawasan adalah tetap. Dan berapa banyak rumah dan perkembangan di sesuatu kawasan juga tetap. Pembangunan akan mengurangkan bekalan tanah yang boleh digunakan untuk membina rumah dari setahun ke setahun. Ini akan meningkatkan nilai tanah, sekali gus menyumbang kepada kenaikan pada harga rumah. In adalah sebab yang sama yang meningkatkan harga hartanah di KL dan juga di kawasan kawasan lain di Selangor.

Harga rumah bergerak dalam satu arah - menghala keatas. Tanpa spekulasi, harga hartanah masih akan naik, tetapi pada peratusan yang lebih kecil. Trend ini tidak boleh di pusing balik. Ini adalah realiti ekonomi. Kita tidak boleh mengharapkan untuk membeli rumah esok dengan pendapatan hari ini. Harga hartanah tetap akan naik, harga rumah akan menjadi lebih tinggi, kita kena dapat menjana pendapatan yang lebih untuk dapat membeli rumah ini.

Isu isu ekonomi perlu ditanggani dengan cara ekonomi. Tanpa peningkatan keupayanan menjana pendapatan rakyat yang lebih tinggi, jurang kemampuan untuk memiliki rumah akan menjadi lebih besar, lebih dalam. Ini satu kepastian. Subsidi dalam apa jua bentuk adalah untuk mengharungi sesuatu keadaan susah, ia hanya boleh untuk jangka masa pendek sahaja. Jika rakyat perlu diberi bantuan subsidi jangka masa panjang dalam sesuatu barang, maka pada pendapat saya, kerajaan tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Ini adalah hasil pengurusan dan urus tadbir yang lemah. Subsidi adalah perbelanjaan. Kerajaan Malaysia akan memerlukan banyak wang ringgit untuk pembelanjaan dalam perkara parkara berkaitan dengan perumahan jika isu kemampuan tidak ditanggani dengan betul. Subsidi mesti dibiayai oleh cukai dan hasil daripada sumber asli. Satu hari nanti, bekalan ini akan habis. Mampukah apa yang kita belanjakan atau melaburkan mengambil-alih peranan untuk terus memberi pendapatan kepada negara, selain dari cukai?




Popular Posts