Show me an example Shelter Over The Head: Rumah baru mampumilik - Permintaan paling tinggi di Selangor
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Saturday 7 April 2012

Rumah baru mampumilik - Permintaan paling tinggi di Selangor




Selangor mempunyai bilangan tertinggi pemohon bagi Skim Rumah Pertamaku. Skim ini dilancarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka. Had harga rumah telah dinaikkan hingga RM400,000 dari RM220,000.

Apa apa skim pemilikan rumah mesti disokong oleh pelan jangka panjang yang akan meningkatkan pendapatan purata rakyat melalui peningkatan produktiviti. Ini dapat dicapai dengan perancangan jangka panjang pada sistem pendidikan, pelaburan pada modal insan dan pengkhususan indusrtri industri tertentu yang memberi pendapatan yang lebih tinnggi. Peningkatan gaji tidak boleh dikekalkan tanpa peningkatan productiviti.

Memiliki rumah bukan hanya melibatkan pembayaran deposit 10%, ia juga melibatkan pembayaran ansuran bulanan untuk 20 atau 30 tahun yang akan datang. Sebarang cubaan untuk membantu dalam hal komitmen deposit perlu ambilkira kewajipan membayar ansuran bulanan rumah. Membeli rumah dan keupayaan berpegang pada pemilikan rumah itu dua perkara yang berbeza.

Masalah kemampuan pemilikan rumah tidak boleh diselesaikan dengan sudsidi atau cubaan mempermudahkan pembelian dengan deposit rendah ataupun tanpa deposit. Perancangan mesti ditujukan untuk memastikan pembeli rumah dapat kekal berpegang pada pemilikan rumah itu. Masalah tak mampu bayar deposit beli rumah, kerajaan mungkin dapat membantu. Kalau tak dapat bayar ansuran bulanan rumah, bolehkah kerajaan bantu? Dalam hai ini, tiada kerajaan dapat membantu selama lamanya. Malaysia tidak terkecuali. Sesetengah negara yang gunapakai polisi berdasarkan susbsidi kini menghadapi masalah ekonomi dalaman yang teruk.

Peningkatan keupayaan menjana pendapatan rakyat adalah cara menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak mampu memilikil rumah kediaman mereka. Rakyat perlu dilengkapi dengan kemahiran kerja dan ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup yang akan semakin meningkat. Dengan peningkatan sedemikian, rakyat dapat melakukan kerja bernilai lebih tinggi yang membayar gaji yang lebih tinggi untuk meghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi. Mungkin INI satu pandangan yang baik: Kerajaan tak patut percaya bahawa mereka boleh mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup yang akan menurunkan kemampuan perbelanjaan rakyat setiap kali dengan subsidi - seperti subsidi barang runcit, subsidi rumah, sudisidi sarapan pagi dan tengah hari.

Skim Rumah Pertamaku - pembeli rumah tidak perlu membayar wang deposit 10%. Apakah keberkesanan skim ini dan skim skim sepertinya dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah pertama mereka?




Popular Posts