Perkara perkara yang perlu diketahui dan dipertimbangkan sebelum anda mendaftar untuk membeli rumah baru di mana mana projek perumahan baru :
1. Berapa ansuran bulanan yang perlu dibayar?
2. Adakah gaji / pendapatan bulanan anda mencukupi untuk bayaran ansuran bulanan rumah?
3. Garis panduan mengukur keupayaan bayar balik pinjaman - jumlah ansuran bulanan rumah tidak melebihi 1/3 gaji bersih ( tidak ambilkira overtime dan elaun ).
4. Jumlah komitmen bulanan keseluruhan tidak melebihi 60% gaji bersih.
5. Adakah anda di-senaraihitamkan atas sebab tunggakan ansuran kereta, kad kredit atau sebagai penjamin?
6. Adakah anda mempunyai simpanan wang untuk bayar deposit 10% harga rumah? ( Anda boleh mengeluarkan simpanan akaun nombor dua KWSP untuk membayar deposit harga rumah mengikut garis panduan yang ditetapkan )
7. Adakah anda mempunyai simpanan wang untuk bayar kos sampingan seperti yuran guaman dan duti setem pada 5% harga rumah?
Sila jawab soalan diatas sebelum anda mendaftar dengan wang deposit. Dengan menjawab soalan di-atas, anda dapat tahu samada anda akan layak dalam permohonan pinjaman rumah.