1. Sebelum mendaftar untuk membeli rumah projek perumahan baru dengan earnest money / booking deposit, pembeli adalah digalakkan untuk membuat pertanyaan tentang kelayakan mereka untuk mendapat pinjamam dari bank yang mereka biasa berurusan.
2. Sebagai contoh, anda boleh tanya pada pegawai bahagian pinjaman perumahan bank - " Saya ingin membeli rumah baru teres di Jalan Kebun, Seksyen 29, Shah Alam pada harga RM190,000.00. Adakah saya layak? Berapa jumlah pinjaman yang saya layak?
3. Sungguhpun booking deposit BOLEH dikembalikan kepada pembeli rumah yang tidak layak dapat kelulusan pinjaman perumahan dari bank, langkah diatas dapat mengelakkan pembeli dari membuang masa dengan procedure pendatftaran membeli rumah baru dan jadi kecewa kerana harapan tinggi yang tidak berasaskan kelayakan pinjaman rumah.