Show me an example Shelter Over The Head: Membeli rumah baru di sekitaran Selangor - Kesusahan yang dialami golongan berpendapatan sederhana
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Thursday 24 November 2011

Membeli rumah baru di sekitaran Selangor - Kesusahan yang dialami golongan berpendapatan sederhana




1. Ramai dari golongan berpendapatan sederhana yang berkelayakan universiti pun tak mampu beli rumah teres di sekitaran bandar di Lembah Klang, Selangor. Apa pulak ceritanya dengan mereka yang berpendapatan lebih rendah?

2. Rumah teres dua tingkat di bandar puteri klang dan bandar bukit tinggi tiga / bandar parkland rata rata berharga hampir RM350,000.00. Kalau di sekitar Shah Alam, harga rumah teres dua tingkat rata rata setengah juta ke-atas. Kalau kedua suami isteri tak kerja, dengan commitment ansuran lain, memang susah untuk membeli rumah sendiri. Ikat perut pun tak semestinya mampu untuk membeli rumah itu!

3. Dengan realiti harga pasaran di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam, maka tidaklah hairan sangat kalau rumah baru teres satu tingkat di projek perumahan di sekitaran Kapar dan Kuala Langat dijual dengan harga hampir RM200,000.00!

4. Macam mana kerajaan boleh menolong golongan ini untuk memiliki rumah baru / rumah pertama mereka.?

5. Cara penyelesaian TIDAK SEHARUSNYA dengan menaikkan had pinjaman perumahan. Ini bukan cara yang bijak - mempermudahkan pinjaman perumahan melalui masa pulang balik pinjaman yang lebih panjang ataupun ansuran bulanan yang lebih tinggi.

6. Kalau harga rumah tidak boleh dikawal peningkatannya yang mendadak, maka pendapatan rakyat yang tak mampu beli rumah pertama mereka, samada golongan pendapatan sederhana ataupun rendah, mesti dapat dipertingkatkan. Ini isu serious. Jumlah mereka yang tidak mampu akan meningkat dari setahun ke setahun kalau kerajaan tidak dapat buat apa apa pada trend harga ini - iaitu trend harga rumah dan juga trend tidak-mampu beli rumah oleh golongan berpendapatan sedarhana dan rendah.

7. Isu golongan berpendapatan sederhana tidak mampu membeli rumah pertama mereka patut diteliti dari sudut / pertanyaan mengapa mereka ini tak mampu?

8. Kalau kenaikan harga pada rumah ini boleh diterima seperti kenaikan harga pada roti canai dan teh tarik yang kita semua biasa makan dan minun atas sebab inflasi - ini bermaksud memang ada yang tak kena dengan kelayakan ataupun kemampuan kerja human resources kita yang tidak boleh memberi mereka pendapatan yang lebih tinggi untuk memiliki rumah yang sepatutnya mereka layak. Apa yang tak kena disini? Masalah dimana? Adakah harga benda lain boleh naik dan gaji mereka tidak boleh naik sebab mereka tak layak untuk dapat gaji lebih tinggi? Ataupun kemampuan kerja (productivity) mereka kurang? Kalau atas sebab itu, apa puncanya? Ataupun kerja dan industri yang sedia ada hanya boleh memberi gaji sebegini banyak sahaja?

9. Pertimbangan mendalam pada sudut ini patut ditumpu untuk mencari penyelesaian jangka panjang untuk menolong rakyat memiliki rumah pertama mereka





Popular Posts