Show me an example Shelter Over The Head: Inflation, cigarettes and the price of houses.
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Tuesday 27 September 2011

Inflation, cigarettes and the price of houses.





 Inflasi, rokok dan harga rumah


1. Inflasi menyebabkan kos sara diri naik. Semua harga benda naik, hanya gaji yang tak ikut naik. Kalau naik pun tak sebesar kenaikan inflasi itu.

2.   Kenaikan gaji untuk menanggung kenaikan inflasi oleh majikan ataupun kerajaan ada hadnya. Kalau perniagaan, jualan tak bagus, mana datangnya wang yang lebih itu untuk kenaikan gaji pekerja?

3. Gaji pengurus ada hadnya ; ia ada tahap maksima. Sama juga dengan gaji pegawai dan kerani. Mana boleh kerani dapat gaji pegawai ? Mana boleh gaji pegawai lebih dari pengurus? Oleh yang sedemikian, kenaikan gaji oleh majikan atas dorongan ataupun peruntukan kerajaan tidak akan menyebabkan kos inflasi hilang begitu sahaja ; ia hanya untuk meringankan beban - tapi beban tetap ada!

4. Bukan semua salah kerajaan bila kadar inflasi naik. Ada faktor luar negara di luar kawalan kerajaan yang mengakibatkan kenaikan inflasi. Harga minyak, bahan makanan dan nilai Ringgit itu sebagai contoh. Bila harga pasaran antarabangsa benda ini naik, maka kadar inflasi dalam negara akan ikut naik.

5. Dalam keadaan sebegini, pengurusan pembelanjaan adalah cara lain untuk menangani kos inflasi. Memang ada lagi cara lain untuk mengurangkan pembelanjaan. Ada benda lain yang boleh kita jimat pembelanjaannya. Ramai cik cik, puan puan yang pandai dalam pengurusan pembelanjaan harian keluarga. Kebolehan mereka dalam hal ini tidah perlu dipersoalkan.

6. Saya ingin kongsi pengetahuan dalam hal rokok sebagai satu cara mengurangkan kos pembelanjaan dalam keadan inflasi tinggi dimana ia tidak akan membawa apa apa kekurangan dalam kualiti kehidupan keluarga.

7. Saya belajar merokok bila saya masih di sekolah menengah. Lebih lagi saya hisap bila saya keluar berkerja selepas SPM. Selama 21 tahun saya merokok. Dalam tempoh masa ini, banyak kali saya cuba berhenti. Gula gula Hacks dan Fisherman jadi teman saya untuk saya putus merokok. Akibatnya? Lebih banyak gula saya makan, lebih lagi saya merokok.
 
8. Pada satu tahap, saya berhenti merokok selama sembilan bulan. Atas sebab kawan punya pasal, saya layan dan selepas itu, saya kembali merokok.

9. Lapan tahun lepas, saya cuba lagi untuk berhenti merokok. Sampai hari ini, saya tidak pernah membeli rokok lagi. Ubatnya? Tak ada ubat. Memang tidak senang untuk berhenti merokok untuk mereka yang sudah lama merokok ataupun sudah ketagih. Seperti mereka, dulu, bila saya bangun tidur, rokok saya cari. Bila habis makan, rokok mesti disusuli. Bila frust atau tension, rokok, saya jadikan teman.

10. Bila saya mula merokok, nenek dan emak nasihat saya jangan merokok " nanti jantung jadi hitam" Nasihat atas nasihat, saya terus hisap juga. Bila saya cuba berhenti lapan tahun lepas, ramai member member yang merokok dihadapan saya, ada yang belanja rokok, ada yang dorong untuk hisap kembali. Pendirian saya : saya tetap merokok sungguhpun ramai yang nasihat jangan merokok, atas rationale yang sama, saya boleh berhenti kalau saya hendak berhenti merokok sungguhpun ada orang lain yang buat dorongan sebaliknya. Itu cara saya berhenti merokok! Tak ada ubat yang terlibat. Saya percaya doktor tidak dapat tolong dalam hal ini.

11. Dengan harga rokok RM10.00 sekotak, itu menjadikan pembelanjaan RM 300.00 ( satu pek satu hari ) ataupun RM600.00 ( 2 pek satu hari ) sebulan. Jumlah ini cukup untuk menangani kenaikan kos dalam pembelanjaan harian rumah yang diakibatkan oleh inflasi.

12. Harga rumah naik dari setahun ke setahun, bagi mereka yang belum memiliki rumah mereka, cuba berhenti merokok, wang yang dijimatkan banyak membantu dalam pembayaran ansuran rumah. 

13. Saya tanya sepasang suami isteri yang membeli rumah baru teres satu tingkat di projek perumahan di Teluk Panglima Garang - " Apa sebab utama kamu beli rumah?" Jawapan mereka -  Satu tempat kediaman tetap yang boleh dipanggil rumah ku! Manusia semua sama : kita perlukan satu tempat tinggal tetap yang dipanggil rumahku.  Itu satu ketenangan psikologi. Itu satu dasar kukuh membolehkan kita tumpuh perhatian dalan kerjaya.

14. Dalam posting ini saya banyak bercerita untuk kongsi pendapat dan pengalaman saya tentang merokok. Selepas SPM, sudah lama saya tidak menulis dalam Bahasa Malaysia. Saya tidak tahu samada pengunjung blog faham kandungan yang saya cuba sampaikan. Jika ada kesilapan, saya minta maaf.




Popular Posts