Show me an example Shelter Over The Head: My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 6
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Tuesday 23 August 2011

My First Home Scheme / Skim Rumah Pertamaku - 6





1. Ada bank yang menawarkan pakej pinjaman rumah baru yang membolehkan pemimjam itu mendapat 105% pinjaman atas harga rumah. Oleh yang sedemikian, Skim Rumah Pertamaku bukanlah skim yang paling meringankan beban pembeli rumah baru pertama.

2. Samada Skim Rumah Pertamaku ataupun Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA), mereka yang ingin meminjam hendaklah memenuhi syarat syarat yang berkenaan dengan skim tersebut.

3. Bolehkah saya dapat 100% pinjaman untuk rumah baru? Bolehkah saya memdapat pinjaman rumah melalui skim rumah pertamaku? Ramai dari golongan pembeli rumah baru pertama tanya soalan ini. MEMANG BOLEH. MEMANG TAK SUSAH. Ini pendirian pihak bank - KALAU TUAN TUAN DAN PUAN PUAN MEMENUHI SYARAT.

4. Apa itu syarat syarat yang terlibat? Apa yang akan mereka memperlitikan? Semua bank mempunyai peruntukan yang sama dari peminjam :

4.1 Berapa jumlah keseluruhan commitment anda? Berapa baki yang tinggal untuk makan selepas membayar semua commitment bulanan ( termasuk pinjaman rumah )? Kebanyakan bank memperuntukan jumlah commitmet tidak melebihi 60 % dari pendapatan kasar. ( Polisi ini boleh berubah dari semasa ke semasa )

4.2 Berapakah simpanan anda? Kebanyakan bank memperuntukan pemimjam mempunyai simpanan yang cukup untuk bayar tiga bulan ansuran. Bukti simpanan diperlukan semasa membuat permohonan pinjaman.

5. Untuk mereka yang ingin membeli rumah baru di persikitaran Kampung Jalan Kebun, Kampung Kebun Baru, Sijangkang, Johan Setia ataupun Telok Panglima Garang, sila kenalpasti yang anda memenuhi syarat sebelum memohon pinjaman bawah Skim Rumah Pertamaku. Pihak pemaju perumahan dapat membantu. Banyak bank tempatan yang memberi khidmat pelangan yang bagus dalam soal penyelasan syarat kelulusan skim ini. 




Popular Posts