Show me an example Shelter Over The Head: Garis panduan baru pinjaman rumah - Kesan pada pembeli rumah baru
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Tuesday 20 March 2012

Garis panduan baru pinjaman rumah - Kesan pada pembeli rumah baru




Garis panduan baru pinjaman rumah telah diperketatkan di mana kelulusan kini berdasarkan pada gaji bersih dan bukan gaji kasar. Kalau diambilkira polisi dimana rekod kredit dan keupayaan bayar balik ansuran ( sekiranya kadar bunga naik ) pemohon perlu dipertimbangkan, ramai bawah kategori pendapatan sederhana dan rendah akan gagal dalam permohonan pinjaman ini.

Statistik terkini Skim Rumah Pertamaku melaporkan bahawa 48% daripada 1062 pemohon tidak layak dan 16% masih meuinggu keputusan. Bagaimana pula dengan pembeli rumah baru teres satu dan dua tingkat di Klang, Shah Alam,dan Kuala Langat yang memohon untuk 90% pinjaman? Apa sudah jadi pada permohonan mereka? Ramai telah ditolak. Ramai lagi akan ditolak.

Ini adalah situasi di pasaran: Anda perlukan lebih pendapatan untuk mampu membeli rumah yang anda lihat empat bulan lepas, dimana anda layak untuk pinjaman tapi tak jadi beli rumah itu atau anda perlu mencari rumah yang lebih kecil ( lebih murah ) atau satu yang lebih jauh ( lebih murah ) untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

Kelulusan pinjaman yang lebih perlahan dan rendah menyebabkan jualan rumah yang lebih rendah dalam projek projek perumahan baru. Kesan ini adalah menyeluruh - dari banglo dan rumah berkembar di Kajang, Sungai Buloh ke rumah teres satu dan dua tingkat di Kapar, Meru, Pelabuhan Klang, Johan Setia Klang, Jalan Kebun Shah Alam dan Teluk Panglima Garang Kuala Langat.

Apa yang akan berlaku pada harga rumah di bawah RM300,000? Adakah harga akan turun kerana jualan menurun dan diperlambatkan? Adakah anda perlu tunggu untuk membeli rumah anda? Jualan yang rendah tidak boleh dilihat sebagai penurunan permintaan. Rumah yang tidak boleh dibeli oleh mereka yang tak layak sekarang akan dibeli oleh mereka yang masih layak untuk mendapatkan pinjaman.

Saya percaya bahawa anda mungkin dapat beli epal yang lebih murah pada tahun depan dan tahun yang seterusnya. Tetapi perkara ini tak mungkin terjadi pada rumah berharga bawah RM300,000 di Lembah Klang. Manusia boleh menghasilkan lebih banyak epal tetapi mereka tidak boleh menghasilkan lebih banyak tanah. Hujah bahawa jika orang tidak membeli, harga dalam konteks rumah di bawah harga RM300,000 di Lembah Klang akan turun harga - itu adalah satu kesilapan.

Mereka yang tidak dapat kenaikan gaji perlu lebih berjimat dan tekun cari lebih wang. Belilah rumah yang memenuhi citarasa anda jika anda masih boleh dapat pinjaman. Anda perlu berlanja mengikut kemampuan. Tidak bermakna kalau pinjaman diaturkan kepada anda jika anda memang tidak mampu membeli ( membayar ansuran rumah ). Rumah anda akan dilelong oleh bank bila anda tak dapat bayar ansuran. Hutang yang datang dari pembelian yang anda tidak mampu itu satu perkara yang berbahaya - ia akan meningkat dan menjadikan anda lebih berhutang!




Popular Posts