Show me an example Shelter Over The Head: Kenaikan gaji kakitangan awam - Adakah lebih rumah akan dijual?
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Thursday 22 March 2012

Kenaikan gaji kakitangan awam - Adakah lebih rumah akan dijual?




Terdapat peningkatan gaji sebanyak 7% hingga 13% kepada 1.4 juta kakitangan awam. Akan ada lebih RM6billion di dalam pasaran tempatan. Ada pendapat bahawa 60% hingga 80% daripada jumlah wang ini akan dibelanjakan. Adakah ini akan membantu jualan rumah di projek perumahan baru? Adakah mereka dari golongan ini akan buat pembelanjaan pada rumah - seperti membeli rumah pertama mereka jika mereka masih belum memilikinya?

Kenaikan gaji dalam sektor awam boleh membantu mengekalkan momentum belian dalam industri perumahan. Tetapi ia ada syarat - kenaikan gaji hanya akan mempunyai nilai sebenar jika tidak ada peningkatan yang sama pada lain-lain kos hidup dan harga rumah. Jika harga rumah meningkat sebanyak 10%, maka kenaikan gaji sebanyak 13% tidak akan membantu golongan ini dalam pembelian rumah samada rumah yang lebih besar atau untuk layak dapat pinjaman yang sebelum ini ditolak.

Ramai pemaju projek perumahan baru di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Langat menggunakan strategi jualan yang memberi keutamaan kepada kakitangan kerajaan. Saya percaya mereka akan memberi lebih lagi tumpuan kepada golongan pelanggan ini sekarang. Tapi soalan ini perlu dijawab: Berapa banyak rumah yang boleh dijual kepada kakitangan kerajaan? Mereka yang bekerja dalam sektor swasta tidak mendapat kenaikan gaji. Kakitangan kerajaan sahaja tidak dapat membantu dengan membeli SEMUA rumah di SEMUA projek perumahan. Industri perumahan memerlukan bilangan pembeli yang jauh lebih besar. Dan angka ini perlu datang dari sektor swasta. Oleh sebab sebab ini, jualan rumah baru untuk kategori berpendapatan sederhana dan rendah masih akan terjejas kerana garis panduan pinjaman rumah yang diperketatkan walaupun ada kenaikan gaji pada kakitangan kerajaan.




Popular Posts