Show me an example Shelter Over The Head: Projek rumah terbengkalai oleh pemaju tidak berlesen
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Tuesday 13 March 2012

Projek rumah terbengkalai oleh pemaju tidak berlesen




Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) melaporkan 195 projek terbengkalai oleh pemaju yang tidak berlesen. Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kejadian ini? Mungkin boleh melalui peranan yang lebih bertanggungjawab dan perlaksanaan dan penguatkuasaan yang lebih baik!!

Kepada bakal pemilik rumah: "Lawat tapak perumahan yang anda hendak beli. Tengok samada lokasi dan kawasan sekeling sesuai atau tidak. Lawat pejabat pemaju dan minta ditunjukkan pelan bangunan, permit iklan dan jualan dan lesen pemaju sebelum menandatangani surat perjanjian jual beli ataupun bayar deposit".

Pemaju perumahan yang bertanggungjawab tidak akan ada masalah dengan permintaan sedemikian. Mereka tidak akan bantah langkah langkah yang diambil untuk melindungi pembeli rumah, pelanggan mereka.

Kebanyakan pembeli rumah bukan dari profession undand undang, maka mereka tidak akan tahu dengan mendalam tentang dokumen undang undang yang mereka tandatangani - pada aspek perlindungan dan kesahihan. Peguam dan banker boleh membantu untuk memastikan dokumen dokumen penting mencukupi untuk memberi perlindungan kepada pembeli rumah. Ini tidak sukar dilakukan. Mereka mempunyai akses kepada maklumat ini; mereka ada rangkaian hubungan untuk maklumat ini. Kedudukan dan peranan mereka yang boleh membantu pembeli rumah tidak perlu diragu ragukan. Melalui pemeriksaan dan pengesahan dokumen dokumen yang diperlukan sebelum  menyediakan Perjanjian Jual Beli dan Pinjaman Bank, mereka dapat memberi satu bantuan yang cukup besar kepada pembeli rumah.

Kewujudan undang undang di bawah Akta Pembangunan Perumahan tidak menjamin mana mana projek perumahan tidak akan terbengkalai. PM pun tidak buat begitu. Jadi, itu tidak adil kita mengharapkan sedemikian dari pihak peguam dan bank yang terlibat dalam proses pemilikan rumah ini. Disini, kita bercakap tentang bagaimana untuk mengurangkan insiden projek terbengkalai oleh pemaju tidak berlesen. Kita bercakap tentang kemungkinan insiden ini dapat dikurangkan melalui peranan yang lebih bertanggungjawab oleh setiap orang yang terlibat. Kita tak minta lebih dari itu.

Undang undang untuk melindungi pembeli rumah, termasuk yang terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab, memang wujud. Apa yang kurang ialah perlaksanaan dan penguatkuasaan. Gejala "cakap satu macam, buat satu macam" perlu ditanggani.






Popular Posts