Show me an example Shelter Over The Head: Harga rumah baru Lembah Klang Selangor jatuh?
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Tuesday 1 May 2012

Harga rumah baru Lembah Klang Selangor jatuh?




Bukan hanya Malaysia sahaja yang menghadapi perningkatan harga hartanah yang tinggi di beberapa tahun yang lepas. Negara negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura tidak terkecuali. Trend kenaikan harga berterusan pada rumah dan hartanah adalah sesuatu yang kita tidak dapat elakkan dalam kehidupan ini.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan perlaksanaan amalan pinjaman bertanggungjawab oleh bank bank pada pembeli rumah, terbangkit soalan ini di kalangan pembeli rumah: Adakah harga rumah baru teres satu dan dua tingkat di Lembah Klang, Selangor akan menjadi lebih murah? Ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada eksport dimana penurunannya akan mengakibatkan kelembapan ekonomi; ia juga boleh diakibatkan oleh penurunan penggunaan ataupun permintaan domestik yang disebabkan oleh polisi Bank Negara.

Jika harga rumah teres setingkat dan dua tingkat di perlancaran baru di Lembah Klang, Selangor turun akibat dari sebab sebab di-atas, berapa banyak ia akan turun?

Wajarkah saya tunggu untuk harga itu turun dulu supaya saya dapat beli lebih murah berbanding dengan saudara ataupun kawan saya? Jika saya tangguhkan pembelian, mungkinkah harga jadi lebih mahal nanti?

Izinkan saya kongsi pengetahuan beberapa perkara tentang membeli rumah, lebih lebih lagi jika ia mengenai pembelian rumah pertama anda:


1. Membeli dari perspektif pelaburan jangka panjang. Dengan cara ini, anda tidak akan terjejas jika harga jatuh dalam jangka pendek kerana anda tidak membeli dengan jangkaan bahawa nilai rumah itu akan meningkat dengan serta merta.

2. Penurunan harga hartanah di Lembah Klang dan Selangor, jika ia berlaku, adalah dalam bentuk pembetulan harga sementara. Terutamanya dalam kategori rumah teres setingkat dan dua tingkat untuk golongan berpendapatan sederhana dan makan gaji secara amnya yang memerlukannya sebagai rumah kediaman.

3. Perningkatan pendapatan isi rumah memang tidak dapat menandingi kenaikan harga rumah. Atas sebab ini, anda tidak akan rugi jika anda membeli rumah anda awal, jika anda berkemampuan.




Popular Posts