Projek perumahan baru teres satu dan dua tingkat, semi-D dan banglo di sekitaran Klang, Shah Alam, Kuala Langat di Selangor, Malaysia
Tuesday, 15 May 2012
Harga rumah baru teres dan sistem BTS
Konsep Build-Then-Sell (BTS) dalam industri perumahan akan diwajibkan pada tahun 2015. Di bawah konsep ini, pembeli rumah hanya membayar 10% deposit dan baki 90% harga rumah selepas projek siap dengan sijil layak duduk. Sepanjang tempoh 24 bulan untuk pembinaan siap rumah teres, semi-D dan banglow, pemaju akan membiayai pembinaaan dengan pinjaman bank.
Konsep BTS diilhamkan untuk melindungi pembeli rumah daripada projek terbengkalai. Pemaju perumahan akan mengalami kerugian yang lebih tinggi jika mereka tidak menyiapkan projek mereka seperti yang dijanjikan di bawah BTS.
Apakah kesan konsep BTS ( bina dulu jual kemudian ) pada harga rumah baru teres di Lembah Klang, Selangor nanti? Adakah konsep BTS akan menyebabkan harga rumah jadi lebih rendah ataupun tinggi nanti?
Pada pandangan saya, harga rumah teres baru di Lembah Klang, Selangor tidak akan jadi lebih rendah dengan perlaksanaan konsep BTS. Konsep BTS itu merupkan satu kos. Ia akan memberi satu tekanan kos kepada industri perumahan. Pernambahan kos akan mengakibatkan kenaikan harga mulai dari roti canai, teh tarek ke harga rumah.
Modal yang terlibat di bawah konsep BTS adalah besar, begitu juga risikonya. Pemaju perumahan mungkin akan tersangkut dengan banyak biji rumah apabila pembeli batalkan pembelian ( pembeli rugi deposit ) apabila keadaan ekonomi menjadi buruk. Pemaju masih perlu membayar balik pinjaman dari bank dalam keadaan sedemikian. Bagi risiko yang tinggi, bank dan pemaju akan mengenakan pulangan yang tinggi dalam bentuk faedah dan kadar keuntungan. Ini akan terjemahkan kepada harga yang lebih tinggi yang akan ditanggung oleh pembeli rumah.
Sehingga kini, permintaan untuk rumah baru teres dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah di Lembah Klang Selangor adalah jauh lebih tinggi daripada bekalan. Perlaksanaan BTS akan mengurangkan bekalan ( jumlah rumah baru yang dibina ). BTS akan menjadikan ia susah untuk pemaju kecil dan baru untuk mendapat pinjaman dari bank untuk membina rumah. Bilangan pemaju untuk membina rumah baru akan berkuranagn bila ia susah untuk mereka mendapatkan pinjaman. Ini akan mengakibatkan harga jadi lebih tinggi.
Labels:
Kongsi pengetahuan,
Projek terbengkalai
Popular Posts
-
flyer floor plan site plan material specification 1 material specification 2 material specification 3 developer's det...
-
Apa yang mendorong saya buat posting ini adalah soalan dari pengunjung blog saya: Adakah membeli rumah di Jalan Kebun Shah Alam lebih...
-
Garis panduan baru yang diperketatkan ke-atas pinjaman perumahan adalah bertujuan untuk menurunkan hutang isi rumah. Sekatan ini akan men...
-
Membina rumah bersaiz lebih kecil - bolehkah itu membantu lebih ramai dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rum...