Show me an example Shelter Over The Head: Kawalan harga rumah baru Selangor
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Thursday 24 May 2012

Kawalan harga rumah baru Selangor


Apabila lebih banyak wang diperlukan untuk membeli satu paket beras 10 kilo yang anda biasa beli, apakah maksud kejadian itu? Berat beras masih sama, gred dan rasa juga masih sama. Pada asasnya, ini bermakna nilai wang telah jatuh dan ia menyebabkan anda perlu menggunakan lebih wang untuk membeli benda yang sama. Apabila perkara ini berlaku pada bahan makanan, perkara yang sama berlaku pada rumah baru teres yang anda ingin beli di sekitar Shah Alam, Klang, Kuala Langat dan seluruh Lembah Klang secara amnya.

Adakah anda akan menyalahkan pemaju dalam hal peningkatan harga rumah baru yang berlaku di Lembah Klang Selangor? Adakah anda menyalahkan kedai kedai yang menjual beras yang lebih mahal sekarang. Seperti penjual beras, pemaju hanya terima ganjaran untuk kerja yang dilakukannya. Kos tinggi untuk menyediakan atau menyiapkan benda itu tetap akan dipindah kepada pengguna dalam bentuk harga tinggi.

Kalau pendapatan kita ikut naik bila benda keperluan hidup naik, maka kenaikan harga tidak jadi masalah. Malangnya, ini tidak berlaku: nilai kita ikut jatuh bersama penurunan nilai wang ringgit kita. Kita tidak memdapat mendapat gaji yang lebih tinggi setimpal dengan kenaikan harga pada benda benda yang kita perlu untuk kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat kediaman.

Langkah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal kenaikan haarga rumah hanya bertujuan untuk mengurangkan pembelian melalui sekatan pada permintaan. Ini tanggapan mereka - harga rumah akan turun bila orang kurang membeli. Keinginan untuk membeli rumah itu tak hilang dengan sekatan pemilikan. Orang ramai tak beli kerana mereka tak mampu, tak layak dapat pinjaman bank dan bukan kerana mereka tidak mahu rumah itu lagi. Ia tidak benar bila dikatakan harga rumah jatuh kerana permintaan berkurangan. Permintaan tak berkurangan, hanya permintaan itu dihalang, disekat. Permintaan sedemikian tetap satu permintaan dan ia memunyai mempunyai potensi untuk meletup pasaran hartanah!

Permintaan rumah itu tidak sama dengan permintaan pada benda kegunaan dan kereta dimana permintaan akan turun ataupun hilang kerana ia sudah menjadi lapuk. Rumah itu satu keperluan asas untuk kehidupan kita. Permintaan rumah baru teres untuk golongan orang muda berpendapatan sederhana di Lembah Klang Selangor jauh melebihi bekalan. Kita tidak mempunyai situasi dimana ramai di golongan ini memiliki dua biji rumah atau lebih. Sebaliknya, bilangan dari golongan ini yang tak mampu membeli rumah pertama mereka kian meningkat. Atas sebab sebab ini, saya percaya harga rumah baru teres di Lembah Klang Selangor tidak akan turun banyak melalui langkah langkah sekatan pemilikan rumah yang telah diambil.



Popular Posts