Show me an example Shelter Over The Head: SKVE dan projek perumahan baru Kuala Langat
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Wednesday 30 May 2012

SKVE dan projek perumahan baru Kuala Langat


SKVE seksyen 2 - laluan kira kira 13 km yang menyambungkan Bandar Saujana Putra dan Teluk Panglima Garang - telah dibuka dengan rasminya semalam. Pembukaan ini akan menambahbaik penyambungan dan akses ke Banting, Jenjarom, Teluk Panglima Garang, Kebun Baru dan Sijangkang. Perjalanan ke bandar bandar lain di Lembah Klang akan menjadi lebih pantas dan mudah.

Pemaju di mana mana jua adalah sama dalam cara mereka mendapat wang. Mereka perlu membina dan menjual rumah samada keadaan ekonomi baik ataupun buruk. Mereka perlu terus membeli tanah ataupun melalui cara usahasama untuk buat pembangunan supaya perniagaan mereka terus beroperasi untuk dapat membayar pembelanjaan mereka.

SKVE seksyen 2 dengan interchange di Teluk Panglima Garang akan menjadikan kawasan di sekitarannya lokasi yang baik untuk pembangunan projek projek perumahan baru, termasuk rumah baru bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kawasan kawasan di sekitar ini mempunyai potensi untuk menjadi pusat pembangunan baru diluar Klang dan Shah Alam. Pemilik rumah kali pertama tidak akan ada bantahan membeli rumah di sini yang menawarkan harga yang lebih murah, buat masa sekarang.

SKVE seksyen 3, laluan terakhir kira kira 19 km yang menyambungkan Putrajaya ke Pelabuhan Klang dengan interchange di Pulau Indah dijangka siap pada Julai 2013. Laluan ini akan menmanfaatkan mereka yang tinggal di Sijangkang, Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Jenjarom, Banting dan Kuala Langat secara amnya. Ia akan menjadikan lokasi hartanah di sini lebih menarik, sekali gus, meningkatkan nilai hartanah.


Popular Posts