Show me an example Shelter Over The Head: Prospek pasaran hartanah Malaysia 2012
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Saturday 11 February 2012

Prospek pasaran hartanah Malaysia 2012




Prospek pasaran hartanah Malaysia 2012 dijangka tidak sebaik tahun 2011 disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Secara am, Malaysia sebagai sebuah negara yang ekonominya bergantung pada eksport (export driven), tidak akan terlepas dari kesan kegawatan ekonomi global. Di sebahagian kawasan di negara kita akan terdapat pembetulan harga ( price correction ) pada hartanah dalam kategori tertentu.

Hartanah kediaman dan komersil yang BERNILAI TINGGI adalah yang pertama akan merasai kesan pembetulan harga akibat kegawatan ekonomi. Samada di Malaysia atau di Amerika Syarikat, kesan kegawatan ekonomi ini akan menyebabkan berlakunya penurunan projek perumahan baru. Ini adalah sesuatu yang pasti.

Tetapi malangnya, harga hartanah / rumah untuk mereka dalam golongan "middle income" di Lembah Klang dijangka tidak akan turun. Malah, harga dijangka akan meningkat sebanyak lima hingga duapuluh peratus, menurut kajian yang dijalankan ke atas pemaju perumahan di Lembah Klang.

Ini merupakan satu berita yang mendukacitakan bagi mereka yang masih belum membeli rumah pertama mereka.

Mengapa harga rumah untuk golongan “middle income” kekal meningkat menjadikan ia jadi tidak mampumilik? Harga rumah dalam kategori ini tidak meningkat atas sebab spekulasi, tidak seperti apa yang berlaku di Hong Kong dan Singapura. Warga asing tidak datang untuk membeli rumah baru di Teluk Panglima Garang Kuala Langat, Jalan Kebun Shah Alam, Johan Setia Klang, Kapar dan Meru di Selangor!!

Jadi, kenaikan harga mesti disebabkan oleh inflasi – satu situasi dimana lebih banyak keping wang kertas diperlukan untuk membeli jumlah barang yang sama tetapi peningkatan pendapatan / gaji tidak pada kadar yang sama. Tanah, bahan pembinaan dan kos buruh turut meningkat dan pemaju terpaksa melepaskan kos kepada pembeli rumah. Tidak ada sebarang kesalahan dilakukan di sini dan tidak ada apa-apa tindakan yang boleh di ambil oleh kerajaan! Atau saya salah dengan pandangan sedemikian





Popular Posts