Show me an example Shelter Over The Head: Cabaran pemaju perumahan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Monday 13 February 2012

Cabaran pemaju perumahan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu




Sungguhpun keadaan ekonomi global tidak mementu, tetapi masih ramai di Lembah Klang ini yang masih belum memiliki rumah sendiri dan mereka minat membeli rumah pertama mereka. Pemaju perumahan bersaiz kecil dan sederhana perlu tumpukan perhatian untuk membina rumah kediaman bagi golongan yang berpendatan sederhana / rendah ini.

Dengan harga, lokasi dan konsep reka bentuk yang betul, mereka yang masih belum memiliki rumah pertama tetap akan membuat komitmen untuk membeli rumah mereka.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dipelajari dari pemaju yang besar dan teguh di Malaysia seperti SP Setia, Mah Sing dan Sunway groups. Cuba memahami rasional di sebalik konsep pembangunan mereka. Reka bentuk dan susun atur rumah perlu dituju ke arah menjadikan pengubahsuaian pada rumah tidak perlu lagi dilaksanakan oleh pembeli rumah baru. Jika ia perlu, ia adalah pada tahap yang minima.
 
Pemaju rumah teres satu atau dua tingkat di bawah kategori rumah mampu milik di Lembah Klang perlu mempertimbangkan membina rumah dengan merangkumi konsep reka bentuk dan susun atur rumah seperti ini. Rationalnya? Sebarang pengubahsuaian yang dilakukuan berasingan oleh pemilik rumah pasti akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dgn kos "build-in".

Pemaju untuk projek perumahan baru di sekitar Klang, Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Kuala Langat juga harus mempertimbangkan amalan membina dengan kelengkapan isi rumah. Mengapa tidak? Apabila pemaju melakukan ini, mereka boleh mendapat manfaat dari ekonomi skala di mana harga satu unit yang diberikan menjadi lebih murah kerana ia dibeli atau dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar. Ini akan diterjemahkan kepada harga yang lebih murah untuk pemilik rumah.
 
Pemaju yang merancang untuk membina projek perumahan baru di sekitar Jalan Kebun Shah Alam, Johan Setia Klang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Meru, Kapar di Klang Selangor perlu menumpukan perhatian kepada ciri-ciri dan reka bentuk susun atur yang boleh dijual dalam keadaan kelembapan ekonomi ini. Harga perlu dipertimbangkan secara serius supaya ia memenuhi tahap kemampuan pembeli rumah yang berpotensi. Ini satu kebenaran yang direkodkan tanpa rasa ragu ragu – kita semua masih tetap memerlukan rumah kediaman untuk kehidupan kita samada ekonomi baik atau tidak!





Popular Posts