Show me an example Shelter Over The Head: Permintaan rumah mampu milik di Selangor / Lembah Klang
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Thursday 16 February 2012

Permintaan rumah mampu milik di Selangor / Lembah Klang




Siapa mereka yang berpendapatan sederhana? Mereka adalah yang mendapat gaji bulanan antara RM2,500.00 hingga RM5,000.00. Ramai dari mereka ini adalah graduan universiti dan pemuda pemudi yang baru berumahtangga. Kategori rakyat Malaysia ini yang kena teruk dalam hal memiliki "rumah pertamaku".

Golongan berpendapatan sederhana ini tidak mampu membeli rumah bernilai lebih RM240,000.00 yang semakin berkurangan di Lembah Klang / Selangor. Bagi rumah dengan harga ini, ansuran bulanan adalah lebih kurang RM2,000.00. Dan gaji layak untuk mendapat kelulusan pinjaman adalah tiga kali ganda bayaran ansuran yang dikenakan.

Rumah teres tidak mampu dibeli kerana gaji tak layak memenuhi syarat pinjaman - itu sudah sedih. Lagi menyedihkan ialah nak mohon rumah kos rendah itu pun tak layak sebab gaji bulanan tidak kurang dari RM2,500.00!!

Masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang ini sungguh menyedihkan. Ramai yang siswazah. Sepatutnya, dapat rumah kediaman untuk keluarga tak susah. Kalau kita cakap rumah mewah, itu lain cerita. Ramai yang hanya berpendapatan cukup makan sahaja. 

Setakat ini, Klang, Shah Alam, Kajang dan Hulu Selangor mencatatkan permintaan yang tinggi untuk rumah jenis mampu milik. Ia dianggarkan Selangor memerlukan tidak kurang dari 10,000 unit rumah jenis mampu milik dalam lima tahun ini. Kajian telah dibuat. Arah perkembangan telah ditunjukkkan. Apa maksud ini kepada pemaju perumahan di Lembah Klang ini?

Permintaan rumah mampu milik itu satu kepastian. Cabarannya adalah kemampuan kepada bakal pembeli rumah dan harga rumah yang dijual. Mungkinkah melalui innovasi dalam proses keseluruhan pembangunan dan kecekapan dalam perlaksanaan pembangunan dapat menurunkan kos dan harga rumah itu?



Popular Posts