Show me an example Shelter Over The Head: Membeli dan membina rumah baru - Mengapa faktor lokasi perlu dipertimbangkan?
Apa kesan pembukaan SKVE seksyen 2 pada prospek pembangunan Kuala Langat?

Thursday 9 February 2012

Membeli dan membina rumah baru - Mengapa faktor lokasi perlu dipertimbangkan?




Dari analisa saya, projek perumahan terbengkalai di sekitar Klang, Shah Alam, Kuala Langat, Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru bukanlah disebabkan oleh kadar permintaan yang lembap. Punca utama ialah pemaju menghadapi masalah aliran tunai / kewangan atas sebab sebab yang hanya diketahui oleh mereka sendiri.

Projek perumahan yang terbengkalai di sekitar kawasan yang disebut sini tidak disebabkan oleh lokasi yang tidak sesuai. Lokasi itu bukan masalah. Lihat projek perumahan baru di Jalan Kebun dan Jalan Kampung Lombong di Seksyen 29 dan Seksyen 30 Shah Alam, Johan Setia Klang dan Kebun Baru Batu 9 dan Batu 10 Kuala Langat sebagai contoh. Walaupun terdapat beberapa projek perumahan terbengkalai, tetapi penyebabnya bukanlah lokasi yang tidak sesuai.

Saya percaya bahawa pemaju perumahan seperti Upicon group, Achievers group, Bandacaya group, MSN group dan Sin Hee Yang Property Management Sdn Bhd tidak menghadapi masalah besar dalam melaksanakan projek projek mereka di kawasan ini. Malah, minat yang ditunjukkan oleh pembeli rumah pada kebanyakan projek projek mereka, pada keseluruhannya, amat memberangsangkan.

Faktor penyumbang kejayaan projek perumahan baru mereka ialah lokasi yang berhampiran persimpangan lebuh raya yang menyediakan akses yang baik. Faktor ini tidak terlepas pandang  oleh pemaju perumahan baru di Johan Setia Klang, Jalan Kebun Shah Alam, Kampung Kebun Baru Teluk Panglima Garang. Ini memang satu idea perniagaaan yang bagus.

Kepada mereka yang bercadang untuk membeli rumah baru - pertimbangkan faktor lokasi apabila membeli rumah anda! Seperti apa yang saya telah katakan, lokasi yang strategik memberikan anda kelebihan dari segi perningkatan nilai pada rumah / hartanah anda.





Popular Posts